Resipi pizza Italian yang mudah ringkas dan sedap

Assalamualaikum. Resipi pizza Italian yang paling mudah ringkas dan sedap untuk hidangan seisi keluarga atau tetamu yang datang.

Pizza Italian ni sangat mudah dibuat. Bahan2 juga mudah didapati di pasaraya2 besar. Seperti membeli herba Italian dalam botol dan simpan. Bila2 boleh digunakan untuk membuat pizza pasta dan  roti.


Ok jom kita cuba uli dan buat sendiri pizza dirumah. Kali ni anak dara saya yang menguli. Dia sendiri yang nak buat. Ummi dia mengarah jer.. hehehehe..

Hidangan utk 3/4 orang

Bahan2 doh pizza


2 1/2 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripau
1 sb gula perang/biasa
2 sb ekstra virgin minyak zaitun
1 sb Italian herbs
Secubit garam
1/2 cawan air suam

Cara membuat doh



  • Larutkan yis mauripan atau apa jua jenis ibu roti yang anda suka dalam 1/2 cawan air suam. Gaul rata dan biarkan kembang
  • Larutkan gula dengan 3 sudu besar air
  • Dalam mangkuk lain masukkan tepung garam gula yis minyak dan italian herbs. Gaul rata dan uli menggunakan tangan
  • Uli doh sampai licin sedikit melekat. Jika rasa doh terlebih tepung tambah air sikit dan uli. Pastikan uli benar2 menjadi lembut. Makin lama kita uli doh makin cantik dan lembut
  • Siap letak dalam mangkuk dan cover dengan towel saja. Biarkan sampai dua kali ganda.


Bahan sos tomato


1 tin tomato puree
2 sb tomato paste
sebiji bawang holland - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sk lada hitam
1 sb gula
1 sk garam
1 sb Italian Herbs (Kalau takde guna daun pasli+basil)

Bahan2 hiasan atas pizza


Mozarella cheese
Sebiji tomato segar - hiris nipis
Daun basil/selasih dan arugula
Sebiji bawang hiris. Jika suka

Cara membuat sos

  • Tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun sampai wangi. Masukkan tomato puree. Masak dengan api sederhana
  • masuk gula garam tomato paste dan herbs. Masak hingga sedikit pekat. Tutup api. Rasakan garam dan gulanya

Lihat doh. Jika sudah naik dua kali ganda. Tumbuk doh keluarkan angin. Giling doh ikut besar kesukaan anda.


Nak buat petak atau bulat terpulang. Nak nipis tebal ikut selera memasing. Letak doh atas dulang pembakar.

Tuang sos tomato dan ratakan. Tabur Mozarella cheese dengan rata. Naknletak Mozarella banyak2 ikut suka. Lagi sedap rasanya. Susun bahan2 hiasan ikut selera anda. Nak sedap tambah peparoni atau daging hancur atau tuna. Terpulang pada anda.

Bakar dalam suhu 400 F selama 15 minit. Agak2 kalau cheese dah cair dan roti doh naik mengembang terus off oven. Buka pintu oven sedikit dan biarkan sekejap.

Untuk yang tiada oven. Boleh saja bakar atas api tapi pastikan api sederhana dan tutup kuali. Agak2 jer memanggang guna kuali. Kalau dah cair cheese dan roti doh cantik naik off api.

Siap dihidang. Enjoy..

nota
Jangan tiru cara hiasan seperti dalam gambar kerana anak dara saya suka sangat cheese diatas sekali. Problemnya jika letak cheese mozarella on top memang cantik cairnya tetapi bila nak gigit makan cheese akan terikut bergerak. Tak syiok.

Jika suka resipi pizza Italy simple dan mudah ni kongsikan pada kawan2 dan keluarga tersayang. Selamat mencuba.



{ 10 comments.. read them below or add one }

Noor Maizan Noor Maizan Isnin, Februari 13, 2017
Wahhh sedapnya... Terima kasih resepi, boleh dicuba nanti
nurmisnan nurmisnan Isnin, Februari 13, 2017
sama2 dear.. selamat mencuba
I N A  A I N A A I N A A I N A A Isnin, Februari 13, 2017
Sedapnyaaa.. nanti boleh cuba buat.. jimat dan berbaloi2 kalau pandai buat ni
raihanah raihanah Isnin, Februari 13, 2017
sedap pizza, thanks share resepi
nurmisnan nurmisnan Isnin, Februari 13, 2017
mesti cuba tau. utk sos ikut selera memasing. nak lebih masam lebihkan tomato paste. dah cuba share ler dgn kita.. xoxo
nurmisnan nurmisnan Isnin, Februari 13, 2017
terima kaaih singgah.. sama2
selamat mencuba
ruggedmom ruggedmom Isnin, Februari 13, 2017
Kita pun suka jugak buat pizza ni
nurmisnan nurmisnan Isnin, Februari 13, 2017
nanti ruggedmama buat tau.. mesti lg awesome
Unknown Unknown Selasa, Mac 14, 2017
wow pizza menyelerakan..boleh cuba ni
Ummi Hanie Ummi Hanie Khamis, Mac 23, 2017
tasty nye... homemade pizza. lama tak buat doh sndiri. dok buat pakai roti arab je. hihi