Contest Volkswagen Kuning - Lembaga berbungkus melompat atas katil di asrama

Assalamualaikum. Saya gemar menonton cerita seram komedi dan berani menonton seorang diri. Tetapi kalau dan seram sangat cerita tu memang TAK ler nak tengok sensorang waktu malam. Kalau waktu siang saya berani lagi dan tak risau nak tidur malam. Kelakar kan. Tapi kelakar2 pun saya ada juga pengalaman seram sewaktu diasrama sekolah.

Cerita ni berlaku semasa saya duduk di asrama penuh. Waktu ni ramai pelajar balik ke kampung cuti semesta. Jadi hanya tinggal beberapa pelajar saja yang tidak pulang kerana masing2 nak buat study hard. Memang setiap waktu malam kami WAJIB buat study dan siapkan homework sebelum masuk tidur jam 11 malam. Kebetulan peperiksaan lagi seminggu nak bermula. Maka saya dan tiga lagi kawan2 berpakat hendak study sampai pagi.


Jam dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam. Kami berempat terus menuju bilik belajar sambil membawa buku memasing dan membawa satu jug kopi O panas dan satu tin biskut kering. Sambil study kami makan biskut kering cicah dengan kopi O panas. Memang segar mata masa tu. Memang penawar dari rasa mengantuk.

Suasan pada masa tu memang sangat tenang. Senyap macam malaikat lalu. Takder bunyi motor dan kereta langsung atau batuk dari pelajar2 yang sedang nyenyak tidur.

Sedang asik kami leka membaca sambil berbincang tiba2 terdengar bunyi berdentum seakan kuat juga kedengarannya dari arah luar. Macam orang sedang gulingkan tong dram yang besar. Bunyi kuat tu hanya sekali saja.

Sarah toleh saya, saya toleh Sarah balik. Baik2 dari berani tetiba muncul perasaan takut. Yang si Liza plak memang berani sangat sampai bangun terus nak buka pintu. Saya halang dan menjerit perlahan macam berbisik. Dia terhenti seketika menoleh saya. Kami jadi panik dan pelik siapa pula yang bunyikan tong tu tengah malam buta begini.

Si Suri plak dah ajak kami semua masuk tidur tutup lampu. Dia kata jangan layan bunyi tu.

Saya pula walaupun ada perasaan takut tapi berani tu tetap ada. Memang nak tau juga apa yang bunyi kuat diluar berdekatan dengan bangunan asrama kami.

Si Liza bertegas hendak membuka pintu melihat kalau2 ada budak2 nakal2 yang masuk ke dalam kawasan asrama kami.

Saya cepat2 menarik tangan Liza dan terus ajak dia masuk ke bilik. Kami cepat2 mengemas meja dan berlari meninggalkan bilik belajar.

Sedang kami baru nak melangkah keluar, tetiba bunyi tu datang lagi.


Degang! Degang! Degang! Kali ni semakin kuat bunyinya. Macam tong drum besar sedang berguling jatuh. Saya berlari ke tingkap dan melihat arah luar. Tiada apa2 benda pelik pula.

Kecut perut kami dibuatnya. Sarah dan Liza mula berpatah balik sambil membuka pintu melihat apa yang berlaku diluar. Saya pula tak sempat nak menghalang lalu mengikut dari belakang.

Kami capai lampu suluh dan keluar perlahan-lahan walaupun perasaan takut semakin kuat. Sedang mencari bunyi misteri tu saya baru perasan Sarah tiada bersama kami.

Ehhhh!! mana Sarah? Tadi kan sebelah aku? kata saya

Manalah aku tau. Bukan dia belakang kau tadi ke? Bisik Liza.

Tiba2

Bismillah Bismillah.. Allahu Akbar... Allahu Akbar. Terdengar suara Sarah menjerit dari belakang

Kami toleh belakang dan berlari mencari Sarah. Sambil menyuluh mencari Sarah Liza tiba2 menjerit memekik panggil nama saya dan Suri.

Shida Suri sini sini!! Jerit Liza


Terperanjat kami dengan apa yang kami lihat didepan mata. Sarah berdiri tegak sambil menghala lampu suluhnya ke arah pokok pisang.

Saya dah tak sedap hati terus memapah Sarah masuk ke dalam. Sedang kami melangkah masuk ke bilik belajar, bunyi tong kedengaran lagi.

Dengan lajunya kami cepat2 tutup pintu dan terus baringkan Sarah ke katil. Wajah Sarah pucat lesi dan biru. Saya terus berikan air Yassin dan sapukan pada wajah serta diberi minum.

Liza Suri dan saya batalkan untuk study malam ini dan terus masuk tidur. Katil kami semua bersebelahan jadi ketakutan tu sedikit sebanyak tidaklah ketara sangat. Selang beberapa jam kemudian, terdengar bunyi seakan orang sedang melompat atas katil. Almaklumlah katil2 kami ni semua jenis spring.

Semakin lama semakin kuat bunyinya. Tetapi bunyi lompat spring tu bukan macam biasa kita lompat atas katil. Bunyi ini seakan2 bunyi orang sedang melompat agak tinggi.  

Kerana takut nak buka mata saya tarik selimut dan selubung terus sambil memegang kitab Yassin. Memang TAK lah nak tengok bunyi apa tu. Tapi bunyi tu makin kuat. Macam ada tiga orang yang sedang melompat2 atas katil spring tu.

Tiba2 sekujur tubuh berbaring disebelah saya sambil memeluk kuat. Jantung saya semakin kencang dan peluh mula mengalir. Nak sebut nama Allah pun terasa amat berat. Ya Allah bantulah saya dari gangguan jin dan syaitan ini. Menggigil2 saya macam kena demam tapioka. 

Saya pejamkan mata berzikir dalam hati sambil terus buat tidak tahu apa yang berlaku hinggalah saya tertidur.

Allahu Akhbar!  Allahu Akhbar!... kedengaran suara azan subuh berkumandang.

Alhamdulillah. Dah subuh. Syukran Allah. Hilang rasa ketakutan yang ada sejak malam tadi. 

Waktu saya memusing badan untuk bangun saya masih terasa ada sekujur tubuh dibelakang saya lagi. Allah.. apa plak kali ni. Tapi kerana azan sedang berkumandang keberanian tu tiba2 memang kuat. Saya terus pusing dan tolak kebawah

Aduhhhhh!!!. bunyi suara menjerit.

Oiiiii.. kenapa tolak aku beb? Sakit tau..

Terperanjat pun ada. Sekali yang saya tolak rupanya si Sarah rupanya. Rupanya dia ler yang tidur memeluk belakang saya sejak malam tadi.Saya tanya apa yang dah berlaku. Sarah kata nantilah aku ceritakan lepas solat subuh nanti.

Selepas selesai solat subuh saya Liza Suri dan Sarah duduk dalam surau sampai cuaca cerah.

Liza dan Suri pucat lesi lepas dengar cerita dari Sarah. Saya pula ini bukan pertama kali mendengar cerita macam ni. Jadi saya tak berapa nak layan sangat sebab kalau layan lagi saya jadi penakut. hahahaha...

Alkisahnya pada malam kami keluar mencari bunyi tong tu Sarah memang dibelakang kami tetapi tiba2 dia terhenti kerana terdengar bunyi disebalik pokok pisang yang ada bersebelahan diasrama kami. Dia kata macam ada orang panggil nama dia. Bila dia suluh dia ternampak sekujur tubuh putih berdiri memerhatikannya.


Macam bungkusan dan tidak bergerak. Bila disuluh benda tu melompat dan hilang. 

Tiba2 saya mencelah cerita Sarah. Habis tu yang peluk belakang belakang aku tu kau ker? Tanya saya.

Iyalah... jawab Sarah. Aku peluk kuat belakang kau tapi kau buat tak tau jer. Aku takut beb. Nak pekik panggil nama kau pun aku tak mampu. Nak bangun kejutkan kau pun aku tak larat tapi aku gagahkan jugak sambil berzikir dalam hati.

Dah kenapa kau tidur sebelah aku? tanya saya pada Sarah

Sarah diam sambil memandang katil yang berada dipenjuru pintu dalam asrama kami.

Dia tunjuk katil tu sambil bercerita dia nampak ada benda melompat2 atas katil tu. Kuat sangat. Lembaga tu seolah2 tau Sarah sedang melihatnya. Lama juga benda tu melompat2 atas katil dan memandang Sarah. Benda tu putih. Macam.. macam...


POCONG? Celah saya.

Sarah mengangguk sambil menangis. Aku terus peluk Sarah. Saya pun luahkan juga pada mereka saya dengar bunyi kuat orang sedang melompat2 atas katil tapi saya buat tak dengar dan selubung dengan selimut. 

Liza dan Suri memang macam tu. Tidur mati. Mana nak dengar benda pelik2. Lompat sebelah katil diorang pun tak sedar. Kata saya sambil menjeling mereka berdua

Sejak dari insiden malam tu kami tak lagi buat study malam sampai pagi dan setiap cuti sekolah mesti balik kampung.

Itulah lain kali jangan tunjuk berani sangat dan jangan takutn sangat. Benda tu akan ganggu kita. Tapi kalau kita kuat beriman dan tawakal pada Allah insyaAllah Allah SWT pasti ada bersama2 dengan kita.

OK baik. Lepas dengar cerita ni jangan takut pula nak tonton cerita seram Volkswagen Kuning ya. Bila tengok sinopsis cerita ini memang menarik juga nak tau apa alkisah yang pernah orang cerita tentang kereta kuning ni.

Kawan saya sendiri pernah ternampak kereta kuning di HIghway jalan lama tapi tidak berapa pasti adakah benar atau sebaliknya. Kalau nak tau apa yang misteri sangat pasal kereta volkswagen kuning kena tonton.


Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!


Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Mari kita tonton beramai2 cerita seram kereta Volkswagen kuning ni. Lakonan hebat Pekin, Atikah Suhaime, Aida Othman dan Fatin Afeefa.

MARI JOIN CONTEST VOLKSWAGEN KUNING


Jika anda ada cerita seram yang hendak dikongsikan tidak kira ia cerita pengalaman anda atau pengalaman sahabat jiran sedara atau rekaan semata2, anda boleh join contest ini. Hadiah memang best tajaan OPPO Smartphone. Mana tau rrjeki anda. Klik BROFRAMESTONE untuk ketahui lebih details.

Cepat ya. Tarikh tutup penyertaan pada 18 September 2016.



0 comment... add one now