Kelebihan dan keburukan tidur waktu selepas subuh zohor dan asar

Assalamualaikum. Masa kecik2 dulu saya selalu tengok atok tidur sebelum masuk waktu zohor. Bila jam 12 tengahari jer mesti dia tidur. Bila saya kejut dia kata jangan kacau atok. Jadi sejak itu saya tak pernah usik atok bila time dia tidur tengahari. Nak tau apa sebab dia amalkan tidur tengahari, saya tanya soalan tu selepas selesai solat zohor.


Atok.. boleh tanya sikit tak? Kenapa selalu tengok atok tidur sebelum zohor? Waktu makan pun atok suka makan sebelum jam 12 tengahari.

Atok jawab
Kalau kita tidur sebelum zohor banyak kebaikannya. Badan jadi cergas dan kuat. Jadi atok ada lebih tenaga nanti nak tengok lembu2 kat kebun. 

Ooooo.. gitu rupanya. Itu jer atok jawab. X lengkap sangat tapi ustaz ni jawab lagi lengkap. Jadi mari kita baca apa kata dia.

SOALAN

Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? 

JAWAPANYA

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. 

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. 

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.


Nabi SAW bersabda
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor.

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah SAW
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

Apa itu Qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah atau tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, 
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor 

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan jiwa serta perasaan gundah gulana kecewa dan gelisah.

Wow... perangai suka tidur selepas subuh memang ramai yang melakukannya. Saya pun kekadang buat juga jika badan terlalu letih. Kekadang tunggu sampai jam 8 lebih pagi baru saya lelapkan sekejap mata bagi rehat.

Almaklumlah.. ada yang bekerja sampai pagi hari. Lepas subuh tulah kekadang ada yang dapat baru rehatkan badan dan mata. InsyaAllah.. masa solat subuh tu berdoalah agar Allah ampunkan kita dan luaskan serta dimurahkan rejeki yang luas.. Aminn..

nota
Bab tidur asar memabg betui. Jangan sekali2 amalkan. Kalau terpejam sekejap tu xepat2 bangun cuci muka. Memang boleh mendatangkan penyakit. Lagi2 penyakit lemah badan dan fikiran buntu. Perasaan jangan cetalah.. lagi tak keruan. Nak try.. sila cuba. baru tau macam mana. 

Ok guys.. amalkan perkara yang baik dan ikut sunnah Rasulullah SAW. InsyaAllah pasti semuanya baik2.


kredit gambar wikihow