Salam ramadan


Assalamualaikum dan salam ramadan.. Hari ini baru ada kesempatan untuk update post baru + tidak terlambat lagi untuk mengucapkan salam ramadan untuk semua pembaca blog sempoi kongsibersamanora. Hampir seminggu juga kami berada di Malaysia tanah air tercinta untuk urusan2 penting + bersahur + berbuka + bertarawikh bersama keluarga. Seronok rasanya dapat berkumpul bersama2. Meriah sesangat.
Tentang Kopi pula aku hantar dia di hotel. Bukan main suka dia jumpa gal baru. Snow white namanya. Masa bawa Kopi pulang snowhite siap hantar Kopi depan pintu. How sweet.. hik3. Boleh membayangkan jiwa Kopi jadi kacau. har3.. 
Oklah guys.. Tiada cerita + petua + berita baru yang hendak dikongsikan lagi. InsyaAllah.. kalau sudah selesai semua urusan nanti, ada ler post2 baru yang muncul untuk dikongsikan. Selamat berbuka dan berterawikh guys. Rebut pahala berganda2 di bulan ramadan ini. Masa inilah kita nak kumpulkan pahala berganda2 untuk harta akhirat. Bacalah kitab Al Quran semampu yang mungkin untuk jiwa + penerang hati.

P.S. Jika perut senak atau tidak dapat menahan rasa lapar yang amat, bacalah surah AL Fatihah sekali dan sapukan pada perut. Ingat.. berbuka nanti makan jangan terlalu banyak. Bersederhana sahaja setiap apa yang kita buat.

0 comment... add one now