Selasa, 27 September 2016

Telekung Saffiyyah Couture sangat SELESA CANTIK dan ELEGAN


Assalamualaikum. Telekung yang SELESA CANTIK ELEGAN dipakai untuk bersolat adalah telekung idaman setiap wanita. Hendak bersolat pun kenalah pakai pakaian yang cantik dan indah untuk Allah SWT. Bila bersolat tu rasa khusyuk dan tenang saja tanpa rasa rimas dan panas. Kalau raya kita boleh beli beratus2 harga baju untuk diri sendiri, tak salah jika kita beli baju baru yang cantik dan selesa khas untuk bersolatkan. Tapi ada ke telekung cantik selesa elegan dengan harga yang sangat mampu milik?. Mestilah ada tapi sebelum tu mari saya kenalkan dulu dengan Founder Saffiyyah Couture. 

Founder dan Pengarah Urusan Saffiyyah Couture, Puan Hajah Sapiah Mat Pis, lepasan graduan lulusan Master In Accountancy UITM. Pernah bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia selama 24 tahun. Pada 14 Jun 2016 beliau mula berjinak2 dalam dunia perniagaan dan memberanikan diri membina syarikatnya sendiri bernama Saffiyyah Couture. Alhamdulillah sambutan perniagaan telekung dari pelbagai rekaan menjadi permintaan yang memberangsangkan hinggalah sekarang dan telahpun melebarkan perniagaan di seluruh Malaysia hingga ke negara Brunei Darulsalam. Semoga Puan Hajah Sapiah Mat Pis lebih sukses dan maju dalam bidang yang diceburi.

Puan Hajah Sapiah Mat Pis

Telekung Saffiyah Couture

Telekung Saffiyyah Couture mempunyai 5 jenis rekaan dan material berlainan. Tetapi hari ini saya hanya kongsikan telekung Saffiyyah Couture Lamisa Royal dan Lamisa Premier sahaja. Anda boleh pilih inginkan jenis plain kosong atau bersulam. Yang pasti ianya sangat selesa dan sejuk dipakai. Diperbuat dengan material jenis kain kapas Paris dan kapas silk mengikut jenis telekung. Mari kita cuci mata sat tengok gambar telekung cantik2 dari Saffiyyah Couture.

1. Telekung Saffiyyah Couture Lamisa Royal

Lamisa Royal memilik dua warna iaitu hitam dan putih. Diperbuat dari material Cotton Paris aka Kapas Paris. Dijahit dengan bersulam bunga timbul yang sangat cantik dari bahagian telekung hinggalah kain sarung.  Disekeliling telekung dijahit kemas dengan lace bercorak bunga yang sangat anggun menawan.


Lamisa Royal hitam dan putih. Kedua2nya sangat cantik dan selesa disarung ketika bersolat. Labuh panjang dan lebar telekung serta kain sarung sesuai dengan anda yang bersaiz besar mahupun kecil. Yang pasti bila anda menyarungkan telekung dipermukaan wajah dan diikat belakang mengikut keselesaan anda, anda pasti dapat merasakannya. Sukar untuk digambarkan.


Boleh dilihat sulam dijahit penuh dari atas hingga kebahagian kain sarung. Material yang tidak jarang dan sangat selesa bila bersolat. Sebaik2 solat adalah menyarungkan tubuh kita dengan pakaian dalam yang labuh agar kita tidak was2 semasa bersolat. Kadang kala ada yang risau bila memakain baju berlengan pendek dan risau boleh menampakkan warna kulit. Jadi jika ada rasa was2 pakailah sarung lengan panjang atau baju labuh semasa bersolat.


Bahagian kepala dan muka memang dijahit kemas bergetah dan bersulam sangat cantik dibahagian dahi. Bahagian dagu diperbuat dari material kain jenis menarik seperti kain t'shirt agar tidak bergerak. Anda akan lebih rasa selesa selepas memakainya. 


Jahitan kain lace disekeliling telekung juga kelihatan kemas dan bersulam halus. Memang nampak anggun menawan. Sangat ekslusif.

2. Telekung Saffiyyah Couture Lamisa Premier

Lamisa Premier juga mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih. Diperbuat dari material cotton silk plain dan dijahit kemas dibahagian tepi dengan lace bercorak bunga2 yang sangat cantik. Saya suka sangat memakai telekung Lamisa Premier ni kerana materialnya yang sejuk dan sangat selesa. Lagi2 bila anda berada ditempat yang hanya ada kipas sahaja. Inikan pula yang ada penyaman udara sejuk. MasyaAllah.. anda dapat rasa betapa selesanya.



Tali telekung boleh disediakan dengan pilihan untuk anda mengikat mengikut keselesaan sendiri. Pada hujung tali dijahit bersulam bunga. Nampak lebih kemas ekslusif dan elegan.



Bahagian wajah nampak kemas dan selesa - Dahi kepala dijahit bersulam bunga cantik dan selesa melekat didahi serta tidak berasa gatal atau ketat kerana sulaman benang yang digunakan lembut. Bahagian dagu diguna material menarik seperti kain T'shirt. Lembut sejuk dan tidak bergerak. Anda pasti selesa dan tidak perlu menarik kebelakang setiap kali kadang kala kain telekung kita akan bergerak kedepan. 

Harga Telekung Saffiyyah Couture

Sekarang ni Saffiyyah Couture sedang mengadakan harga promosi menarik sehingga 15 Oktober 2016. Selepas itu harga akan kembali menjadi asal. Harga semua termasuk pos.

Lamisa Royal bersulam Cotton Paris
Harga biasa - RM209 - Promosi RM179
Untuk Telekung Top sahaja - RM140

Lamisa Premier Plain Cotton Silk
Harga biasa - RM179 - Promosi RM159

Untuk nampak lebih ekslusif dengan pemberian hadiah kepada yang tersayang atau sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan, semasa anda order telekung, sebutkan sekali anda perlu isikan kedalam kotak Saffiyyah Couture yang kemas dan cantik. Hanya tambahkan RM10 sahaja.


FB Saffiyyah Couture
INSTAGRAM Saffiyyah Couture
Puan Safiyah * +6012 2477545
Brunei wassap * +601116266733


Nota
Untuk penjagaan telekung yang lebih baik dan senantiasa kelihatan baru, pastikan tidak terus dibasuh dalam mesin basuh. Sebaiknya masukkan telekung dalam kain raga atau basuh dengan tangan untuk menjaga baik sulaman telekung dari lusuh kembang dan berburas.


Ahad, 25 September 2016

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HONOR 8

Assalamualaikum. Smartphone adalah sesuatu benda canggih yang sangat penting dalam kehidupan manusia sejak ianya dicipta hinggalah sekarang. Tiada smartphone manusia seperti hilang pencarian maklumat2 terkini dan hal peribadi untuk berhubung. Memang boleh jadi giler jika tiada smartphone walaupun ianya tidaklah secanggih yang diimilik. Kata orang ikut kemampuan masing2. Jangan dipaksa dapatkan sesuatu benda yang kita tidak mampu. Tetapi jika anda mencari smartphone basic smart + cantik + elegan + keindahan screen kaca dan rekaan ergonomic, anda perlu cari smartphone Huawei Honor 8. Kenapa? Jom tengok kenapa 8 sebab untuk dapatkan Honor 8

8 sebab untuk dapatkan Honor 8


Jujurnya apa yang saya lihat dari spesifikasi smartphone Huawei Honor 8, ianya adalah biasa. Kata orang BASIC phone yang semua orang mampu beli dan miliki termasuk pelajar. Harganya yang tidak terlalu mahal dan sesuai dengan spesifikasi kecanggihan yang dicipta tetapi masih kelihatan kemas bergaya. Bagi saya untuk membeli smartphone, saya akan lihat dulu 8 sebab ini. Ibarat kita melihat pasangan untuk dimiliki. Macam tu juga kita memilih smartphone. Cantik bergaya dan pintar.

honor 8

1. Ciri-ciri Honor 8 memiliki dimensi 145.5 x 71 x 7.5 mm (5.73 x 2.80 x 0.30 in). Casing Dual SIM Nano dan Micro + dual fungsi bersedia custom butang dibelakang dan sangat memudahkan pada pengguna seperti saya. Ciri sensor cap jari bulat di belakang Honor 8 juga bertindak sebagai Key Smart yang sesuai dan selamat. Butang fizikal membolehkan anda untuk membuka kunci telefon pintar + buka aplikasi atau melakukan urusan yang lain. Ehemmm.. baru sikit ni. Baca lagi..

Slot Card MicroSD up kepada 256 GB (uses SIM 2 slot). Big internal Memory dan RAM (32/64 GB, 4GB RAM) yang memuaskan dan menjadi sama taraf dengan jenama phone popular. Saya sukakan ni. Ini bermakna jenama Huawei boleh mengatasi jenama2 phone yang high end seperti Samsung. Ada yang setuju?


honor 8

2. Platform Honor 8 memiliki Operating System Android v6.0 Marsmallow yang terkini dengan sokongan 4G LTE. Chipset  Hi Silicon Kirin 950 CPU Octa-core (4x2.3 GHz Cortex-A72 & 4x1.8 GHz Cortex A53). GPU Mali T-880 MP4. Bagi saya ini sudah baik. Sesuai dengan kehendak dari pelbagai peringkat usia. 



3. Warna dan body Honor 8 yang sangat menarik dan gorgeous. Saya tertarik sangat dengan warna warna seperti Pearl White + Midnight Black + Sapphire Blue + Gold. Gold atau warna emas adalah warna kegemaran saya. Tetapi jika saya dapat Honor 8 ini saya inginkan warna PUTIH PEARL kerana putih melambangkan peribadi putih bersih seorang wanita. Sudah tentunya kaum lelaki juga sukakan warna putih. Jika dilihat body dibelakang smartphone Honor 8 ini kelihatan nampak cool dan berkilat. Direka dengan Dual kaca 2.5 D dengan tepi bulat dan selesa dipegang walaupun ianya adalah alloy. Bayangkan jika anda memegang smartphone Honor 8 ini. Pasti anda akan kata.. WOW.. smooth + shiny + menawan.


honor 8

4. Reka bentuk Honor 8 trend yang popular sejak dua tahun lalu dengan penyampaian material kaca dan aluminium. Digilap dengan 15 lapisan craftmanship dengan Teknologi IPS LCD dengan kelebaran 5.2 inchi beresolusi full HD dan dilengkapi pelindung Gorilla Glass 3 atau 3D yang dapat membantu melindungi permukaan dari kesan calar Memberikan telefon lebih kemasan canggih dan menjadikannya salah satu daripada jenis yang terbaik. This is WOW!!.. Anda pasti sukakannya.


honor 8

5. Kamera Honor 8 tinggi - Dual 12 MP (24MP), dual-LED (dual tone) flash + Geo-tagging + touch focus + face detection + HDR + panorama. Boleh tahan juga kamera Honor 8 ni. Sebagai blogger mestilah saya perlukan kamera yang canggih dan mudah dibawa kemana sahaja. Walaupun hanya dengan menggunakan smartphone. Cukup membantu menangkap gambar2 yang sangat cantik terang dan jelas. Paling penting kamera belakang dan hadapan dilengkapi dengan teknologi untuk membantu anda untuk mengambil potret diri atau SELFIE dan WEFIE yang jelas. Hanya senyum dan klik. Mudahkan.

Anda boleh adjust sendiri untuk lebih terang dan gelap. Tidak perlu menggunakan aplikasi edit gambar lagi. Semua ada dalam Honor 8.


Dari segi Video pula Honor mempunyai 1080p@60fps + 1080p@30fps, 720p@120fps. Setiap rakaman video anda tersimpan lengkap dengan kualiti gambar yang baik untuk hasil kerja anda atau kenangan peribadi. 



6. Speaker Honor 8 DTS Getaran dan pembatalan aktif dengan mikrofon yang berdedikasi dengan MP3 + WAV ringtones. Speaker audio tunggal bahagian bawah yang dipasang. Keseluruhan kualiti audio Honor 8 adalah baik. Mikrofon tambahan membantu untuk menyekat bunyi + bahagian cuping telinga akan memastikan panggilan audio kedengaran kuat dan jelas. Jadi jika sedang memasang ear phone memang akan kedengaran bunyi yang sangat best dengan lagu2 dan musik yang lebih moden.


honor 8

7. Bateri Honor 8 dengan 3000 mAh mampu memberi hayat bateri tahan lama lebih daripada 24 jam. Pengecasan bateri yang cepat pada 47% dalam masa 30 min (Smart Power 4.0). Jadi tidak perlu risau jika hendak keluar seharian tanpa membawa powerbank. Ini memudahkan segala kerja dan urusan anda tanpa memberi impak masa anda untuk mencari charger phone.

Akhir sekali


8. komunikasi Honor 8 mempunyai antena double yang lancar memilih isyarat komunikasi yang kuat untuk memastikan anda sentiasa mempunyai penerimaan yang terbaik dan jelas. Pangkalan data pembawa Huaweis International membantu anda menyambung kepada rangkaian diperingkat kebangsaan lebih cepat semasa sedang berlayar keluar negara sekali pun. Jadi tidak perlu risaulah kalau kita pergi merata satu dunia.

Saya selalu juga travel dan sangat memerlukan alat komunikasi yang lengkap dan memudahkan kerja2 serta urusan harian. Jadi saya sangat memerlukan Honor 8.

Harga Honor 8 memang berbaloi-baloi dengan perisian spesikasi yang diberikan. Bersesuaian pada anda yang sedang mencari harga smartphone berharga sederhana dan berbaloi dimiliki,

Saya ada tambahan untuk 8 sebab dapatkan Honor 8 ini. Selain tambahan harga yang sangat berbaloi-baloi, Honor 8 juga mempunyai kawalan Smart 4.0 komponen inframerah dengan kod IR dalaman membolehkan anda untuk menguruskan peranti lain tanpa sambungan internet. Haaaa... kan best tu.

Jadi saya rasa sesuai jadikan 10 sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8. Hahahaha.....

Dapatkan Honor 8 dengan harga yang sangat BEST

Jujur saya kata jangan compare atau bezakan antara smartphone jenama yang lain. Jika anda suka dengan kekemasan dan rekaan Honor 8, anda pasti tau mana yang terbaik untuk anda pilih. Jadi pilihan ditangan anda.

Baik sambil2 tu jom cuci mata sekali sempena #MyCyberSale dengan KLIK banner dibawah ni,


Nota 
Walaupun saya tidak pernah memiliki smartphone jenama Huawei tidak kira apa model pun tetapi untuk Honor 8 ini saya teringin memilikinya kerana feature dan spesifikasi yang simple tetapi tetap canggih + smart + moden dan berbaloi untuk dimiliki. Suka sangat dengan warnyanya terutama White Pearl dan Gold. Loveit sooo much. On my WISH LIST.

Wish me luck


Rabu, 21 September 2016

Cantik Glowing Sihat luar dan dalam dengan RichGlow Beauty Drink


Assaamualaikum. Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Sebut sajalah baik pemakanan atau minuman kesihatan, makeup, pakaian atau apa saja mengenai CANTIK pasti wanita akan teruja. Lagi2 bila ada produk minuman kesihatan yang bukan saja mampu memberikan anda CANTIK malahan membantu kesihatan dari dalam. Wow!!! awesomekan. Saya pun suka dengar dan sekarang ni saya sedang dalam proses mencuba sendiri. Nak tau apa tu? RichGlow Beauty Drink. Ehhh tapikan orang lelaki pun boleh mengambilnya. Kena baca ni.

RichGlow Beauty Drink

Ia sejenis minuman kesihatan yang diperbuat dari campuran bahan2 pemakanan sunnah Rasulullah SAW. Pastinya itu adalah yang terbaik dan lebih sihat. Siapa yang tidak suka mengamalkan pemakanan Sunnah Rasulullah. Ia adalah pemakanan yang terbaik yang Rasulullah SAW amalkan untuk kesihatan baginda. Lebih terbaik lagi produk RichGlow ditambah dengan bahan2 yang sangat berkhasiat seperti kolagen ikan merah + Apple Stemcell + Berries + Teratai Salju + Ektrak Biji Anggur + Minyak Argan + Gam Arab + L-Glutathion + Acerolla Cherry yang mampu memberi tenaga dan penjagaan kesihatan kulit dengan lebih baik sekali luar dan dalaman.



Saya sukakan rasanya kerana ada manis masam yang bila anda consume tu seperti inginkan lagi dan lagi dan lagi. Selain rasanya yang lazat, RichGlow Beauty Drink mampu menjaga kesihatan anda dari dalam. Anda tidak perlu bancuh lagi. Hanya koyakkan consume dan sihat.

Pada awalnya saya mencuba produk ini ianya sedikit mengeringkan kulit kaki saya. Nampak sangat saya kurang minum air. hahaha.. tapi sebenarnya bila anda mengambil RichGlow Beauty Drink anda diwajibkan minum air masak lebih dari 1 liter sehari. Kerana bahan2 yang terkandung sedang menyerap dikeseluruhan badan aliran darah dan kulit. Jika air kurang dalam badan, kulit mampu menjadi kering. Ibarat macam orang Korea, nak cantik kena minum banyak air masak. Tak gitu.

SIHAT DENGAN RICHGLOW 


  • Anti kanser
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menstabilkan hormon lelaki dan wanita
  • Merawat ekzema
  • Merawat imsonia
  • Merawat resdung
  • Merawat penyakit kencing manis
  • Merawat dan mencegah kanser payudara
  • Merawat dan mencuci buah pinggang
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Merawat keputihan pada wanita
  • Menegang dan menganjalkan payudara
  • Merapatkan bahagian intim wanita yang longgar
  • Merawat rambut gugur dan tidak bermaya
  • Melawaskan pembuangan

Cakap pasal KANSER ramai dikalangan kita sekarang mengalami penyakit ini. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Adakah ini faktor keturunan atau pemakanan atau suasana tempat? Semua ini boleh berlaku. Jika bukan sebab keturunan, kemungkinan pemakanan yang diamalkan dan diambil setiap hari seperti banyak makan makanan junkfood + ada bahan2 kimia + makanan frozen + tidak makan sayur dan buah dan banyak lagi. Jadi mulai saat ini jagalah pemakanan kita. Lebihkan makan buah2an sayur2an dan kurangkan makan makanan frozen dan junkfood. 

KEBAIKAN DAN FUNGSI RICHGLOW 


  • Mencerah dan menggebukan kulit
  • Mencerahkan kulit ke tahap maksimum
  • Menjadikan kulit glowing naturally
  • Anti Penuaan
  • Memperbaiki sel sel kulit
  • Mengecutkan Jerawat
  • Menghilangkan jeragat
  • Memudarkan Parut parut jerawat
  • Menurunkan berat badan
  • Menghilangkan Kulit Kusam & Tidak Bermaya
  • Menghilangkan Kesan Lebam Di Bawah Mata
  • Memberikan tenaga serta merta
  • Memberikan tidur yg nyenyak
  • Menambahkan dan memekatkan susu ibu
  • Mempunyai 1001 khasiat lain


Pengalaman saya selepas seminggu consume RichGlow Beauty Drink ni, pada awalnya ia mengeringkan kulit wajah dan juga kaki saya. Ikutkan saya minum air yang banyak dan makan buah2an setiap hari. Tetapi selang beberapa hari kulit saya menjadi normal balik dan lebih lembap. Kulit wajah terutamanya nampak segar dan lembap. Keguguran rambut berkurangan dan kuku semakin kuat. Tidak mudah patah jika terkena bahan kimia. Itu saja perubahan yang nampak buat masa ni. Kena consume berterusan baru nampak lebih gorgeous. Tak gitu... hehehe

Apa yang penting ia mampu merawat bahagian dalaman saya terutama rahim. Jika rahim anda tidak sihat, rugilah anda untuk menjadi cantik. Jika rahim bermasalah, penyakit keputihan datang melampau hingga menyebabkan keputihan dan lelehan yang berbau. Punca keputihan juga mampu mengundang KANSER SERVIK. Anda mahu? Jadi jaga rahim anda dengan baik dan jaga pemakanan. Ambil suppliment atau minuman kesihatan kecantikan RichGlow Beauty Drink untuk merawat masalah anda. InsyaAllah dengan pengambilan yang konsisten, kesihatan dalaman bertambah lebih baik dan sihat serta membuat diri anda LEBIH YAKIN. Kulit wajah lebih GLOWING tau. Nak tau kena cubalah.

SIAPA BOLEH CONSUME RICHGLOW BEAUTY DRINK


Sesiapa pun boleh consume. Mudah saja dengan RichGlow Beauty Drink. KOYAK CONSUME dan SIHAT. Mudah dibawa kemana saja. Simpan dalam handbag atau poket. Consume semasa memandu atau bila sampai ke pejabat. Senangkan.

Hanya ambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

  • Lelaki dan wanita 16 tahun ke atas
  • Ibu mengandung dan berpantang
  • Ibu menyusukan bayi
  • Penghidap diabetes / darah tinggi
  • Penghidap Tiroid
  • Penghidap Psoriasis atau ekzema


Untuk dapatkan produk RichGlow Beauty Drink dengan harga promosi hebat, boleh terus hubungi atau terjah media sosial link Puan Marina ya. 

HARGA SEKOTAK RM140/SM - RM150/SS
Dapatkan harga promosi hebat dengan wassap direct Pn. Marina

INSTAGRAM - USTAZAH MARINA
Hubungi /Whatssap 019 754 0656



Selasa, 20 September 2016

HANYA ALLAH YANG KITA PERLU



Assalamualaikum. Kita selalu luangkan masa yg sedikit utk Allah SWT. Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

KATA DR. ZAKIR NAIK



Ini disebarkan ke seluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn penyebaran mesej ini.. DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...

Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.

Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.

Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.

Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.

Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..

Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya.. 

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online. Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
  • Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
  • Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW). 
  • Tiada ajaran secantik Islam.
  • Tiada lagu sesedap Azan.
  • Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
  • Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
  • Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
  • Tiada diet sesempurna PUASA.
  • Tiada pengembaraan sesempurna HAJI

....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. 

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan... 
BACA ini..

Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati.

BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK.


Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika. 

Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!
  • Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI.
  • Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.
  • Takut ALLAH, seperti anda takut MATI.
  • Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.


Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT.

.."FAJR" 4/6 Minit.

.."ZUHUR" 6/8 Minit.

.."ASAR" 6/8 Minit.

.."MAGHRIB" 5/7 Minit.

.."ISYAK " 7/10 Minit.

..Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. .. Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH .

Nota
Allah senantiasa mengampunkan dosa2 hamba2Nya tapi kita yg hina lagi kerdil ni senantiasa lupa alpa lalai denganNya. Adilkah kita dengan Allah SWT? Ubahlah untuk anak isteri suami keluarga  dan seluruh umat islam agar sama2 berubah utk taat setia pd suruhanNya. Agar kelak kita diberi ganjaran SYURGA utk kita sekeluarga. Tidakkah kita mahu? Bimbing dan pimpinlah keluarga kita untuk Allah dan SyurgaNya

HANYA ALLAH YANG KITA PERLU

Ahad, 18 September 2016

Resipi Kek Karot aka Carrot Cake


Assalamualaikum. Recipi Kek karot atau carrot cake sama saja bunyinya. Yang pasti rasa dia tetap sama. Yang buat berbeza rasa yang lebih sedap adalah tambahan pada bahan2 yang anda suka. Saya suka bahan2 ini ada dalam kek karot saya. Jom kita.

Bahan2 kek karot



  • 3 biji telur saiz A. Jika B guna 4 biji
  • 2 sk vanilla esen
  • 2 cawan (250 gm) tepung gandum
  • 1 sk baking soda
  • 2 sk serbuk kayu manis
  • 1/4 sk serbuk buah pala
  • 1 1/2 cawan (200 grams) brown sugar - boleh guna gula biasa jika suka
  • 3/4 cawan (180 ml) canola/sayur oil
  • 1/4 cawan (60 grams) yogurt atau krim masam. 
  • 1/2 cawan kismis - jika suka
  • 1 cawan isi nenas kiub dlm tin
  • 1 cawan epal hijau potong kiub. ikut suka
  • 2 cawan (260 grams) parutan karot
  • 1/2 cawan atau secawan karot paste - Bland karot dgn air nenas tin sedikit hingga halus pekat. Jika suka boleh letak. tak de takpe
  • 3/4 cup pecan atau walnut - ikut suka
  • 1/2 sk garam


Jujurnya tidak menggunakan mixer utk membuat kek karot sebaliknya hanya menggunakan pemukul telur dengan tangan. Naik musle lengan saya tau. hehehehe... tapi tektur dia lebih cantik dan moisture.

Pukul telur + minyak + gula hingga sebati cantik. Masukkan yogurt atau krim masa. Pukul lagi dengan perlahan. Tujuan letak yogurt agar kek lebih lembap dan sedap.

Dimangkuk lain satukan tepung + serbuk kayu manis + serbuk buah pala + garam + baking soda = ayak. Masukkan tepung dalam adunan telur tadi dan gaul guna spatula saja dengan rata.

Masukkan parutan karot dan karot paste + nenas kiub + kismis + kiub epal hijau dan kacang walnut. Gaul rata.

Dalam pan kek spray minyak atau sapuan butter atau paling baik alaskan kertas minyak dan tuang bahan adunan. Tujuan guna kertas minyak kerana mudah hendak dikeluarkan dari pan. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 Darjah C.

Untuk Filling Cheese Kek Karot



  • 8 auns (224 grams) cream cheese - room temperature
  • 1/2 cawan (115 grams) unsalted butter - room temperature
  • 1 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan gula halus - jika suka manis guna 1 cawan
  • 2 sk heavy cream - saya x letak
  • 2 sk vanilla extract
  • 2 sudu besar lemon jus - jika x suka masam kurangkan sesudu
  • secubit sk garam

kek karot kongsibersamanora

Satukan bahan2 dan pukul perlahan hingga lembut dan sekata. Saya guna tangan saja. Betul. Pakai pemukul tangan lebih sedap tau. Lebih halus dan umphhhh.. hehehehe.. taklah.. ikut kesukaan dan kesenangan anda. Yang pasti buat dengan kasih sayang.

kek karot kongsibersamanora

Tektur cream cheese sudah cantik lembut dan putih. Rasakan dan jika kurang manis tambah gula. Jika dah ok ready to sapu atas kek. Hiaslah ikut kesukaan anda. Saya suka potong kek karot menjadi dua layer untuk disapurkan cream cheese ditengah2 juga. Baru lebih umphhh.. Rasa cream cheese lebih. 

kek karot kongsibersamanora

Hiaskan kek anda dengan kacang walnut atau pecan atau apa juga yang anda suka.

Enjoy dan selamat menjamu selera. Kalau sedap share post ni ya pada kawan2. Terima kasih

Nota
Raya haji kelmarin saya buat lagi kek karot dan bagi2 kan pada kawan2 disini. Alhamdulillah semua sukakannya.


Khamis, 15 September 2016

Contest Volkswagen Kuning - Lembaga berbungkus melompat atas katil di asrama

Assalamualaikum. Saya gemar menonton cerita seram komedi dan berani menonton seorang diri. Tetapi kalau dan seram sangat cerita tu memang TAK ler nak tengok sensorang waktu malam. Kalau waktu siang saya berani lagi dan tak risau nak tidur malam. Kelakar kan. Tapi kelakar2 pun saya ada juga pengalaman seram sewaktu diasrama sekolah.

Cerita ni berlaku semasa saya duduk di asrama penuh. Waktu ni ramai pelajar balik ke kampung cuti semesta. Jadi hanya tinggal beberapa pelajar saja yang tidak pulang kerana masing2 nak buat study hard. Memang setiap waktu malam kami WAJIB buat study dan siapkan homework sebelum masuk tidur jam 11 malam. Kebetulan peperiksaan lagi seminggu nak bermula. Maka saya dan tiga lagi kawan2 berpakat hendak study sampai pagi.


Jam dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam. Kami berempat terus menuju bilik belajar sambil membawa buku memasing dan membawa satu jug kopi O panas dan satu tin biskut kering. Sambil study kami makan biskut kering cicah dengan kopi O panas. Memang segar mata masa tu. Memang penawar dari rasa mengantuk.

Suasan pada masa tu memang sangat tenang. Senyap macam malaikat lalu. Takder bunyi motor dan kereta langsung atau batuk dari pelajar2 yang sedang nyenyak tidur.

Sedang asik kami leka membaca sambil berbincang tiba2 terdengar bunyi berdentum seakan kuat juga kedengarannya dari arah luar. Macam orang sedang gulingkan tong dram yang besar. Bunyi kuat tu hanya sekali saja.

Sarah toleh saya, saya toleh Sarah balik. Baik2 dari berani tetiba muncul perasaan takut. Yang si Liza plak memang berani sangat sampai bangun terus nak buka pintu. Saya halang dan menjerit perlahan macam berbisik. Dia terhenti seketika menoleh saya. Kami jadi panik dan pelik siapa pula yang bunyikan tong tu tengah malam buta begini.

Si Suri plak dah ajak kami semua masuk tidur tutup lampu. Dia kata jangan layan bunyi tu.

Saya pula walaupun ada perasaan takut tapi berani tu tetap ada. Memang nak tau juga apa yang bunyi kuat diluar berdekatan dengan bangunan asrama kami.

Si Liza bertegas hendak membuka pintu melihat kalau2 ada budak2 nakal2 yang masuk ke dalam kawasan asrama kami.

Saya cepat2 menarik tangan Liza dan terus ajak dia masuk ke bilik. Kami cepat2 mengemas meja dan berlari meninggalkan bilik belajar.

Sedang kami baru nak melangkah keluar, tetiba bunyi tu datang lagi.


Degang! Degang! Degang! Kali ni semakin kuat bunyinya. Macam tong drum besar sedang berguling jatuh. Saya berlari ke tingkap dan melihat arah luar. Tiada apa2 benda pelik pula.

Kecut perut kami dibuatnya. Sarah dan Liza mula berpatah balik sambil membuka pintu melihat apa yang berlaku diluar. Saya pula tak sempat nak menghalang lalu mengikut dari belakang.

Kami capai lampu suluh dan keluar perlahan-lahan walaupun perasaan takut semakin kuat. Sedang mencari bunyi misteri tu saya baru perasan Sarah tiada bersama kami.

Ehhhh!! mana Sarah? Tadi kan sebelah aku? kata saya

Manalah aku tau. Bukan dia belakang kau tadi ke? Bisik Liza.

Tiba2

Bismillah Bismillah.. Allahu Akbar... Allahu Akbar. Terdengar suara Sarah menjerit dari belakang

Kami toleh belakang dan berlari mencari Sarah. Sambil menyuluh mencari Sarah Liza tiba2 menjerit memekik panggil nama saya dan Suri.

Shida Suri sini sini!! Jerit Liza


Terperanjat kami dengan apa yang kami lihat didepan mata. Sarah berdiri tegak sambil menghala lampu suluhnya ke arah pokok pisang.

Saya dah tak sedap hati terus memapah Sarah masuk ke dalam. Sedang kami melangkah masuk ke bilik belajar, bunyi tong kedengaran lagi.

Dengan lajunya kami cepat2 tutup pintu dan terus baringkan Sarah ke katil. Wajah Sarah pucat lesi dan biru. Saya terus berikan air Yassin dan sapukan pada wajah serta diberi minum.

Liza Suri dan saya batalkan untuk study malam ini dan terus masuk tidur. Katil kami semua bersebelahan jadi ketakutan tu sedikit sebanyak tidaklah ketara sangat. Selang beberapa jam kemudian, terdengar bunyi seakan orang sedang melompat atas katil. Almaklumlah katil2 kami ni semua jenis spring.

Semakin lama semakin kuat bunyinya. Tetapi bunyi lompat spring tu bukan macam biasa kita lompat atas katil. Bunyi ini seakan2 bunyi orang sedang melompat agak tinggi.  

Kerana takut nak buka mata saya tarik selimut dan selubung terus sambil memegang kitab Yassin. Memang TAK lah nak tengok bunyi apa tu. Tapi bunyi tu makin kuat. Macam ada tiga orang yang sedang melompat2 atas katil spring tu.

Tiba2 sekujur tubuh berbaring disebelah saya sambil memeluk kuat. Jantung saya semakin kencang dan peluh mula mengalir. Nak sebut nama Allah pun terasa amat berat. Ya Allah bantulah saya dari gangguan jin dan syaitan ini. Menggigil2 saya macam kena demam tapioka. 

Saya pejamkan mata berzikir dalam hati sambil terus buat tidak tahu apa yang berlaku hinggalah saya tertidur.

Allahu Akhbar!  Allahu Akhbar!... kedengaran suara azan subuh berkumandang.

Alhamdulillah. Dah subuh. Syukran Allah. Hilang rasa ketakutan yang ada sejak malam tadi. 

Waktu saya memusing badan untuk bangun saya masih terasa ada sekujur tubuh dibelakang saya lagi. Allah.. apa plak kali ni. Tapi kerana azan sedang berkumandang keberanian tu tiba2 memang kuat. Saya terus pusing dan tolak kebawah

Aduhhhhh!!!. bunyi suara menjerit.

Oiiiii.. kenapa tolak aku beb? Sakit tau..

Terperanjat pun ada. Sekali yang saya tolak rupanya si Sarah rupanya. Rupanya dia ler yang tidur memeluk belakang saya sejak malam tadi.Saya tanya apa yang dah berlaku. Sarah kata nantilah aku ceritakan lepas solat subuh nanti.

Selepas selesai solat subuh saya Liza Suri dan Sarah duduk dalam surau sampai cuaca cerah.

Liza dan Suri pucat lesi lepas dengar cerita dari Sarah. Saya pula ini bukan pertama kali mendengar cerita macam ni. Jadi saya tak berapa nak layan sangat sebab kalau layan lagi saya jadi penakut. hahahaha...

Alkisahnya pada malam kami keluar mencari bunyi tong tu Sarah memang dibelakang kami tetapi tiba2 dia terhenti kerana terdengar bunyi disebalik pokok pisang yang ada bersebelahan diasrama kami. Dia kata macam ada orang panggil nama dia. Bila dia suluh dia ternampak sekujur tubuh putih berdiri memerhatikannya.


Macam bungkusan dan tidak bergerak. Bila disuluh benda tu melompat dan hilang. 

Tiba2 saya mencelah cerita Sarah. Habis tu yang peluk belakang belakang aku tu kau ker? Tanya saya.

Iyalah... jawab Sarah. Aku peluk kuat belakang kau tapi kau buat tak tau jer. Aku takut beb. Nak pekik panggil nama kau pun aku tak mampu. Nak bangun kejutkan kau pun aku tak larat tapi aku gagahkan jugak sambil berzikir dalam hati.

Dah kenapa kau tidur sebelah aku? tanya saya pada Sarah

Sarah diam sambil memandang katil yang berada dipenjuru pintu dalam asrama kami.

Dia tunjuk katil tu sambil bercerita dia nampak ada benda melompat2 atas katil tu. Kuat sangat. Lembaga tu seolah2 tau Sarah sedang melihatnya. Lama juga benda tu melompat2 atas katil dan memandang Sarah. Benda tu putih. Macam.. macam...


POCONG? Celah saya.

Sarah mengangguk sambil menangis. Aku terus peluk Sarah. Saya pun luahkan juga pada mereka saya dengar bunyi kuat orang sedang melompat2 atas katil tapi saya buat tak dengar dan selubung dengan selimut. 

Liza dan Suri memang macam tu. Tidur mati. Mana nak dengar benda pelik2. Lompat sebelah katil diorang pun tak sedar. Kata saya sambil menjeling mereka berdua

Sejak dari insiden malam tu kami tak lagi buat study malam sampai pagi dan setiap cuti sekolah mesti balik kampung.

Itulah lain kali jangan tunjuk berani sangat dan jangan takutn sangat. Benda tu akan ganggu kita. Tapi kalau kita kuat beriman dan tawakal pada Allah insyaAllah Allah SWT pasti ada bersama2 dengan kita.

OK baik. Lepas dengar cerita ni jangan takut pula nak tonton cerita seram Volkswagen Kuning ya. Bila tengok sinopsis cerita ini memang menarik juga nak tau apa alkisah yang pernah orang cerita tentang kereta kuning ni.

Kawan saya sendiri pernah ternampak kereta kuning di HIghway jalan lama tapi tidak berapa pasti adakah benar atau sebaliknya. Kalau nak tau apa yang misteri sangat pasal kereta volkswagen kuning kena tonton.


Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!


Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Mari kita tonton beramai2 cerita seram kereta Volkswagen kuning ni. Lakonan hebat Pekin, Atikah Suhaime, Aida Othman dan Fatin Afeefa.

MARI JOIN CONTEST VOLKSWAGEN KUNING


Jika anda ada cerita seram yang hendak dikongsikan tidak kira ia cerita pengalaman anda atau pengalaman sahabat jiran sedara atau rekaan semata2, anda boleh join contest ini. Hadiah memang best tajaan OPPO Smartphone. Mana tau rrjeki anda. Klik BROFRAMESTONE untuk ketahui lebih details.

Cepat ya. Tarikh tutup penyertaan pada 18 September 2016.



Selasa, 13 September 2016

Seminar Facebook percuma

Assalamualaikum. Seminar Facebook Percuma untuk semua? Biar betul ni? Dua tiga kali saya tengok info ini adakah benar atau khayalan. Memang betul Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti ini dibuka khas untuk 250 orang penyertaan sahaja. Ruginya siapa tak nak daftar awal2. Tapi macam mana nak join? Haaaa.. sebelum itu mari kita kenal dulu siapa Pengasas Seminar Facebook Percuma yang sangat bermurah hari ni.


Seminar Facebook Percuma

Pengasasnya, Encik Suhaimi Bin Umar, 37 tahun telah menubuhkan syarikatnya sendiri bernama TRS Training and Consultancy Sdn Bhd, Pusat Latihan MPSW yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau menyedari perkembangan media sosial sebagai kaedah pemasaran yang sangat berkesan dan membantu ramai peniaga online lebih berjaya.

Seminar facebook percuma #DemiSekepingRoti

#DemiSekepingRoti sesuai dengan hashtag dan sasaran impian serta keikhlasan Encik Suhaimi Umar yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
"Bengkel Seminar Facebook Percuma ini lebih kepada hasrat berkongsi pengalaman dan pengetahuan selain mahu melahirkan lebih ramai usahawan serta membentuk networking dalam dunia perniagaan"
Program Seminar Facebook Percuma ini sudah pun masuk kali ketujuh dan Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Saya berpegang pada prinsip 'LEBIH BANYAK KITA MEMBERI, MAKA LEBIH BANYAK KITA DAPAT'

Ramai usahawan yang ada duit, ada produk, tapi tidak tahu cara memasarkannya. Ada juga yang tidak mengetahui sasaran pelanggan dan telah berhabis menggunakan teknik pemasaran yang tidak berkesan. Malah ada juga yang nak belajar pemasaran, tapi kos yang dikenakan sangat tinggi. Maka kerana itulah Bengkel Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti ini menjadi platform yang tepat untuk mereka mempelajari teknik pemasaran dengan betul," katanya dalam perancangan untuk mengadakan bengkel percuma yang boleh memuatkan 1000 penyertaan

Kenapa mesti hadir Seminar Facebook Percuma


seminar facebook percuma
Seminar Facebook Percuma
Sekarang ini semakin ramai dikalangan kita ingin kecapi nikmat kehidupan yang lebih selesa dengan menceburi dalam perniagaan terutama menerusi online. Orang kata pandai cari duit kita kaya. Malas cari duit tak ada usaha maka macam tu jerlah hidup kita.

Macam yang kita boleh lihat sekarang ni bila buka saja facebeook dan instagram, sana sini mereka mengiklankan produk-produk mereka. Macam-macam ada. Pelbagai tektik perangkap dari penulisan dan image digunakan untuk menarik minat pengikut mereka untuk membeli produk-produk tersebut.

Bila dilihat nama-nama perniagan tersebut, ramai kaum wanita terutama surirumah sepenuh masa telah menceburi dalam bidang perniagaan online. Ada yang memiliki pengikut yang sangat ramai dan berjaya menambat hati mereka untuk membeli produk tersebut. Mereka memang sukses. Tetapi tidak semua yang berjaya seperti mereka kerana rata-rata mereka memiliki teknik ilmu peniagaan hasil dari kelas atau bengkel pembelajaran pengiklanan atau FB Ads secara online,

Jadi ini adalah peluang untuk anda mendaftar ke kelas Seminar Facebook Percuma ini demi perniagaan anda lebih sukses dan berjaya. MasyaAllah peluang ini bukan datang selalu. Anda kena pantas bertindak agar tidak terlepas untuk menghadiri seminar ini.

Siapa PERLU hadir Seminar Facebook Percuma


seminar facebook percuma

Sesiapa saja yang mempunya masalah perniagaan seperti ini >>>

  • Premis perniagaan anda mengalami masalah kurang pelanggan hadir.
  • Tidak dapat tampung kos marketing perniagaan yang semakin meningkat.
  • Tidak mengetahui sasaran pelanggan yang tepat untuk perniagaan anda
  • Produk lambat berkembang dan dikenali ramai.
  • Iklan marketing anda kurang mendapat respons pelanggan.
  • Berminat belajar facebook ads tetapi kos mahal dan tidak tahu dari mana perlu mulakan.

Juga kepada kaum wanita surirumah atau mereka yang memiliki perniagaan secara online dan kuat azam serta semangat untuk berjaya. Semoga peluang untuj anda menghadiri Seminar Facebook Percuma ini dapat membantu anda terutama surirumah sepenuh masa yang bergiat aktif dalam perniagaan online. Sekurang2nya usaha anda mampu membantu keluarga anda lebih hidup selesa dan memiiki pendapatan yang sangat lumayan.

Menurut Encik suhaimi, suri rumah mempunyai masa yang paling fleksibel dan saya yakin mereka mampu berjaya dalam bidang perniagaan. Maka kerana itulah saya membimbing isteri sendiri dahulu.

"Saya membekalkannya dengan empat buah telefon dan empat laman perniagaan untuk diuruskan. Alhamdulillah, dengan teknik pemasaran yang betul, dia mampu melakukannya," katanya.

Suhaimi berkata, bermula dengan hanya menjual produk orang lain, isterinya kini berjaya menghasilkan serta memasarkan produk sendiri, Milk Nutrix, dengan jualan sehingga RM10,000 sebulan.

*Encik Suhaimi Umar berkongsikan kejayaan dengan isterinya surirumah sepenuhmasa yang sekarang sudah sukses dan berjaya dalam perniagaan online. 

Mana nak daftar Seminar Facebook Percuma ni


seminar facebook percuma

Sebelum anda mendaftar Seminar Faceebok Percuma ini dengan Encik Suhaimi Umar, anda kena buat perkara ini dulu. Ini pesan beliau.
"Saya perlukan anda FOKUS semasa sesi pembelajaran, rajin melakukan apa yang telah diajarkan dan bertindak tanpa beralasan selepas hadiri Seminar Facebook Percuma yang saya adakan setiap bulan"
Jika anda boleh lakukan ini, JOM dengan pantas mendaftar Seminar Facebook Percuma yang berharga RM1500 dengan percuma. Hanya KLIK link dibawah ini dan daftar. Bengkel pemasaran FB Ads hanya untuk 250 peserta sahaja selama dua hari bermula 5 November hingga 6 November 2016

Whatsapp +60174881002/+6019-2221002

Tempat sangat terhad

Buat masa ini TRS Training Consultan buka khas yang terawal sahaja.
Tarikh : 24 Sep - 25 Sep 2016 (PENUH)
Tarikh : 5 Nov - 6 Nov 2016 (MASIH DIBUKA)
Masa : KELAS JAM 8PAGI – 5PTG.
Tempat : MPWS, Bandar Baru Bangi, Selangor

P/S: Sila bawa Laptop dan Broadband bagi melancarkan proses pembelanjaran.

Nota
Peluang Seminar Facebook Percuma Ads ini bukan senang nak dapat. Percuma lagi tu. Jadi ambil peluang ini untuk daftarkan diri anda agar anda menjadi usahawan online yang lebih berjaya dan berjaya. Yang pasti buatlah perniagaan ini dengan jujur ikhlas dan amanah. InsyaAllah anda pasti lebih berjaya dan tenang dengan kehidupan anda.

SEMINAR FACEBOOK PERCUMA